Sunday, June 26, 2011

sejarah volkswagen kuning..

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

dah baca ..apa lagi comment la

Nak Sihat? Menangislah!

Mengikut satu buku berjudul, “Psychology – Human, humor, eyes and tears”, ada menerangkan bahawa setiap tangisan akan mengeluarkan segala masalah dan mampu menenangkan fikiran. Jika seseorang itu cuba menahan diri dari menangis, beliau boleh menyebabkan sistem peredaran darah ke dalam otaknya tidak stabil menyebabkan beliau tidak mampu mengawal emosi negatif seperti kemarahan yang melampau!
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Menangis terlalu lama memang boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah tafsir, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuhdan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu?
Ini dia 7 khasiat atau kebaikan yang anda semua perolehi dari menangis dan mengeluarkan air mata : -
1. Membantu Penglihatan.
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat mata seperti ‘Eyemo’. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. Cool kan? haha.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis mampu menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend! Bunyi macam anda akan bergaduh dengan kekasih setiap hari sebab nak buang racun. :-P
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin(aku pun tak tahu apa benda ni.haha). Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun sifat komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.
Jadi, tidak apa-apa kalau anda menangis sesekali.
Air Mata ternyata memiliki beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus-menerus boleh menyebabkan air matanya kering? Malahan, orang yang menangis memiliki beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya. Jadi jangan malu untuk menitiskan air mata karena air mata itu memiliki keajaiban. Air mata berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada dimata.



dah baca ..apa lagi comment la

Bad week…

 Minggu yang malang…nak tau naper ..
Sebab minggu tu  aku dapat cikgu physiko ajar math …gila la ..dia bagi kejer umah siapkan semua latihan bab 8 dalam masa 1 minggu….minggu tu aku jadi kelam –kabut ..nak siapkan math ...folio bersejarah..kejer umah ..dan bla..bla..bla…..ary jumaat aku kena denda..yeah..!!!!..sebab tak siap kejer sekolah...pas2 cikgu suruh aku menjahit baju tradisional aku mane reti nak buat benda 2 T.T (benda yang paling aku benci) bak kata alina cam mner nak jadi isteri kalo nak jahit baju pown tak reti....T.T 

dah baca ..apa lagi comment la

Saturday, June 11, 2011

precious memory with my friend

   Entry kali ni aku nak citer pasal percutiaan…pada suatu ari yg indah saya dan rakan2 pgy ke bukit belacan untuk bermandi manda di sana…rombongan ktowng diketuai oleh hidaya (ketua yg hampeh..sbb dyer ktowng sesat..x tau nak pilih bas) tempat dyer 2 not bad la ..udara dyer nyaman..sejuk..paling aq suka..air dyer dalam…sbrnyera aku x sangka aq dah pndai berenang..haha..mase last kali aq blajar berenang..aku tak boleh nak seimbang kan badan..asyik2 tengelam jer..bengang aku…balik pada citer kat bb(bukit belacan)…ewan&hafiz buat bbq..dyowng yg susah payah hidupkan api.. aq ngan lut g buli daya dalam air..hahaha(thnk guy..kalo x der kowng ktowng dah kebuluran&kesejukan)..pas2 lut lemas..ewan jdy hero selamatkan lut..hahaha..lut lemas tempat sama boy dyer lemas lps2 tarik azam ngan ewan yg try selamatkan dyowng..lut n hafiz.. korang memang sehati sejiwa..lemas tempat samer n tarik owng yg try selamatkan korang…
   
  
lut n hafiz...kowang tgh wat per 2 hah..??
         
bukak mulut selagi boleh... cayokk..
                     pada minggu kedua ...aku terperap jer kat umah ....pastu daya mesej ajak g umah ewan.....maen badminton...arie pertama ktorang maen ..aq ngan daya maen cam x maen..asyik pukul angin jer..pas2 salah kan angin .....hahah...arie kedua tyme ktowng nak g umah ewan ..hujan turun...dyowng pown lepak kat umah aq...baca komik..tgk TV....n online ...arie ketiga plak..daya cakap jer nak datang ..tpy x datang 2 pown..nak jer aq sepak2 minah tu....aq try msej dyer x balas2 pown... bazir kedit aq jer....arie 4 ....ktowng jdy kanak2 ribena...hahaha..ewan x abiz2 ngan vivaz dyer  tau la bru beli ...sebuk jer nak show dyer nyer fon 2 ..daya lak asyik nak posing maut jer..ngan fon baru ewan.....pas2 ktowng tangkap gambar sbagai kenangan....kanak2 ribena sedang bergembira...hahaha....layanz je la gambar2 ktorang..hahahahah
teacher hidaya.....


dah baca ..apa lagi comment la

Wednesday, June 8, 2011

Pelindung Vs Perosak

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.



Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another.Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

dah baca ..apa lagi comment la

 
All right reserved by Myra @copyright protected