assalamualaikum...dear blogger hari nie myra nak kongsi pasal nilai kemaafan..
Pernah tak korang mencari-cari di mana arah punca
gangguan itu.
Hati terasa seperti berbuat silap.
Tapi semakin korang cari, semakin pula kusut ruang fikir kita.
pernah tak tanya sendiri, kenapa
hati tidak tenang?
Kenapa hati terasa masih lagi gelisah?
Kenapa fikiran
selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit?
Kenapa selalu
saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.
Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah.
Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua
dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti
ketenangan yang sebenar.
.
muhasabah diri….
Mungkin tidak sedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun,
kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui
ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita
diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita
ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada
mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap
kita.
Memaafkan bukanlah mudah. Kita sebagai manusia fitrahnya sentiasa berteman
khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang
tak malu mengaku dirinya lemah. Sedangkan Allah terang-terangan menyatakan "Aq lebih menyukai
mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah".
sebagai manusia, kita selalu bersembunyi di balik dinding bernama
mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan
‘kita bukan nabi, kita manusia biasa’…
Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan
tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya
diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini… lantas sukar sekali rasa
hati untuk memberi sebuah kemaafan.
Mengapa berlaku sedemikian?
Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah
Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang
oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap
sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di
mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah
aturkan.
Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan
pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim.
Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.
Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia
mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam
al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha
Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau
berkali-kali melakukan dosa…. Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu
antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya,
dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain.
Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih
berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang
mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak
pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah
berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.
Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu
diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah.
Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti
datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah,
lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati
terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi
sesuatu yang telah terjadi.
Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah
mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah
kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.
Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu…
Amin ya Rabb.
Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk
mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang,
memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang
menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang
patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga
menzalimi diri mereka sendiri… Bukankah orang seperti itu patut
didoakan?
Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita,
mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri
malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana
pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan
orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih
mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri.
Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka
pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah
sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan
‘sekuat-kuat’ mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan,
kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa
dan berupaya untuk membalasnya.mukmin yang baik ialah mukmin yang diberi kuasa dan berupaya melakukanya tetapi dia tidak melakukannya...
dah baca ..apa lagi comment la